Report
Projek akhir yang dijalankan adalah mereka bentuk satu laman web bagi mempromosikan artis baru. Artis yang di promosikan adalah artis lelaki iaitu Joe Vee atau nama sebenarnya adalah Johan bin Vikram. Artis ini adalah artis tempatan.
Sebelum membuat web ini, saya terlebih dahulu mengambil gambar artis tersebut. Gambar-gambar yang diambil dari pelbagai sudut yang sesuai untuk diletakkan dalam rekaan laman web. Lokasi kesemua gambar yang diambil adalah di Bintulu. Setelah banyak gambar yang diambil, bermulalah proses membuat lakaran(sketch) untuk mencari konsep dan mereka laman web yang sesuai.
Kemudian, setelah sketch siap, saya membuat logo untuk artis tersebut sebagai identitinya. Oleh kerana nama artis tersebut bermula dengan huruf "J" dan "V", saya menggunakan singkatan huruf tersebut iaitu JV. Pemilihan warna pada logo tersebt adalah warna merah dan hitam.
User testing
Apabila laman web sudah disiapkan, sekali lagi saya membuat user testing pada dua orang individu iaitu rakan sebilik saya yang merupakan pelajar dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) yang bernama Mohd Nor Arif. Arif mengatakan laman web yang direka adalah ringkas dan menampakkan unsur-unsur laman web yang moden. Logo baru yang berwarna merah melambangkan keberanian untuk artis ini meningkat naik bagi pandangan Arif.
Dari segi pengalaman Arif melayari web ini juga, beliau menyatakan bahawa segala maklumat yang dikehendaki senang didapati kerana apabila beliau menekan satu butang, beliau terus mendapat maklumat yang dikehendaki. Selain itu, Arif juga tertarik dengan rollover dan kombinasi warna yang digunakan pada rollover button iaitu warna puith dan hijau. Selain itu Arif tahu di page mana dia berada kerana apabila berada di page home, butang home akan berwarna hijau berbeza dari page lain.
Kesimpulannya Arif mengatakan bahawa laman web ini ringkas dan mesra pengguna (user friendly), senang untuk mendapatkan maklumat dan moden.
Pengguna ke 2 adalah rakan kepada Arif iaitu Hadi. Pandangan rakan Arif juga lebih kurang sama dengan Arif. Hadi juga mengatakan web ini nampak moden dan navigation yang senang dicapai oleh pengguna. Dari segi warna, Hadi mengatakan sesuai dengan kombinasi warna hitam, kelabu dan warna butang rollover yang berwarna putih dan hijau.
Kesimpulannya, Hadi juga memberi komen yang baik.
No comments:
Post a Comment